Ahad, Jun 14, 2009

TEMPAT MENARIK DIKALA STRESS

TERLEPAS PANDANG

HE.......

GAGAL DI MANA-MANA

NAK BERGAYA TAK SALAH TAPI KALAU GINI.....entahla

Style No. 01
Style No. 02 . . . .

APA ITU SELSEMA BABI...STRESS

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda

Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,

menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak

berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru

pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai

langkah berjaga-jaga.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang

selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A

(H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema

ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula

menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika

Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin

meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui

di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih

1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang

dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin),

Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini

sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih

20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah

seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada

juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya,

muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti

manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut

yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam

lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah

seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir,

walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah

dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia

bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan

juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat

negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda

wabak Selsema Babi.

LAGI DILARANG LAGI DIBUAT...MACAM BUDAK2

ADEKE LABEL TOILET GINI

ALASAN BOLEH DICIPTA TAPI BIOR LOGIK

DENGAN AKAL SEMUANYA BOLEH.

KALENDER BILA NI??AGAKNYA APA MEREKA BUAT WAKTU TU.

MENCARI KETENANGAN..bacalah teman

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya : “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Surah Al-Ra‘ad: 28) Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut. Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya : “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. (Surah Al-Baqarah: 138) Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya : “Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”. (Surah Yunus: 6) Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”. (Hadis riwayat Muslim ) Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya: “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”. (Surah Al-Zumar: 23) FirmanNya lagi yang tafsirnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”. (Surah Al-Anfaal: 2) Dan firmanNya lagi yang tafsirnya : “Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”. (Surah Al-Hajj: 35) Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya : "Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”. (Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Sabtu, Jun 13, 2009

HA....HILANG JAP STRESS

Kisah 1 Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak, Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya "emak kenapa rambut emak bewarna putih?" tanya Nurul Janah. Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis, sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih" jawab emaknya. Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis ke?" Kisah 2 Dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran. "Bang.. cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma. "Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham. "Ala, mahal tau cermin mata tu" kata Salma. "Yalah.. yalah.. kita pusing balik lah ni", balas Hisham Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta. "Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya" Jerit hisham. kisah 3: Tidak akan di hukum Murid: Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya? Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam. kisah 4: I'm sorry Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall. Gadis : " I'm sorry " Pelancong : " I'm sorry, too " Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab.. Gadis : " I'm sorry. three " Pelancong : " What are you sorry for? " Gadis : " I'm sorry, five " kisah 5: Kejadian Seram di Wad ICU Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Mimi. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat. Masuk dan mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya... kisah 6: Nenek Ani Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktor, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggil seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhumah nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya". Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : "Mudhin jangan berdiri di situ... ! Jangan pijak saluran oksigen aku..!" kisah 7: Kambing Hitam & Kambing Putih Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya: Pemuda : Baguskah ternakan biri-biri kamu. Boleh tak saya tanya beberapa soalan? Gembala : Oh, boleh saja Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari? Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam? Pemuda : Yang putih Gembala: Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari Pemuda : Dan yang hitam? Gembala : Yang hitam pun sama Pemuda : Berapa banyak rumput mereka makan setiap hari? Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam? Pemuda : Yang putih Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." Pemuda : Dan yang hitam? Gembala : Yang hitam pun sama. Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun? Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam? Pemuda : Yang putih Gembala : Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur. Pemuda : Dan yang hitam? Gembala : Yang hitam pun sama Pemuda : (Dengan perasaan geram ) Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja Gembala: Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya Pemuda : Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya? Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya juga Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu) kisah 8: Dengan Penuh Senyuman Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati. "Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin. Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.. "Oh.. Syukur pada Tuhan. Mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang... "

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUT

“Dan pada sebagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu.Mudah- mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (Al Isra’: 79) Mengapa Allah menyuruh kita bangun bangun di tengah malam untuk melaksanakan sholat tahajjud? Apa rahasia di balik perintah Allah tersebut? Apakah betul orang-orang yang bertahajjud di tengah malam akan diangkat Alllah ke tempat yang terpuji? Sholat Tahajjud, Stress, dan Hormon Kortisol (Hormon Stress) Siapa bilang ajaran dalam agama Islam hanya dogma & doktrin. Prof.Dr.Muhammad Sholeh, dosen IAIN Surabaya, telah mampu membantah pandangan tersebut melalui desertasi yang ia pertahankan sehingga mendapatkan gelar doktor dalam bidang ilmu kedokteran pada program pasca sarjana Universitas Surabaya, dengan judul “Pengaruh Sholat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan Tubuh Imunologik : Suatu Pendekatan Psikoneuroimunologi” , menyimpulkan jika anda melakukan sholat tahajjud secara rutin, benar gerakannya, ikhlas, dan khusyu’ niscaya anda akan terbebas dari penyakit infeksi dan kanker. Hormon Kortisol Rendah Desertasi ini melibatkan 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Pesantren Hidayatullah, Surabaya. Dari 41 siswa, hanya 23 yang sanggup menjalankan sholat tahajjud selama 1 bulan penuh. Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan sholat tahajjud selama 2 bulan. Sholat tahajjud dimulai pukul 2.00 - 3.00 WIB sebanyak 11 roka’at, dengan dua roka’at sebanyak 4 kali dan ditutup sholat witir sebanyak 3 roka’at. Dan selanjutnya, hormon kortisol (hormon stress) dari 19 siswa tersebut diperiksa di 3 laboratorium di Surabaya (Pramitha, Prodia, dan Klinika). Apa yang terjadi? Para siswa yang sholat tahajjud dengan rutin dan ikhlas berbeda dengan siswa yang tidak melaksanakan sholat tahajjud. Mereka yang melaksanakan sholat tahajjud tersebut memiliki kadar hormon kortisol yang rendah. Hal ini menandakan mereka memiliki ketahanan tubuh yang kuat dan kemampuan individu yang tangguh sehingga mampu menanggulangi masalah-masalah sulit dengan lebih stabil. Hormon kortisol adalah salah satu hormon stress. Kadar hormon ini semakin meninggi ketika kita dalam keadaan stress. Dengan kadar hormon yang meninggi kita lebih mudah berbuat salah, sulit berkonsentrasi, dan daya ingat kita kurang baik. Hormon ini oleh pakar kesehatan dijadikan tolak ukur untuk tingkat/derajat stress seseorang. Makin stress seseorang, maka hormon kortisol semakin meninggi dalam darahnya. Hormon kortisol memiliki kadar tertinggi di waktu tengah malam hingga waktu pagi, terutama pagi-pagi sekali (normal di pagi hari berkisar 38-690 mmol/liter, sedangkan malamnya 69-345 mmol/liter). Stress dan depresi menjadi penyakit yang lazim di zaman sekarang ini. Stress sebenarnya keadaan yang positif bagi kita jika digunakan dalam keadaan yang masih wajar. Jika berlebihan, maka kadar hormon adrenalin dan hormon kortisol akan meningkat sehingga mengganggu sistem kekebalan tubuh yang akhirnya kita mudah terkena infeksi, penyakit maag, asma, dan memperburuk penyakit degeneratif kronis (kanker, diabetes,rematik dan lain-lain). Dengan sholat tahajjud yang dilakukan secara rutin, ikhlas, dan khusyu’ akan mampu menciptakan karakter baru serta tangguh bagi pelaksananya, sehingga kita akan memiliki persepsi dan motivasi yang positif yang nantinya akan terhindar dari stress. Mungkin itulah maksud firman Allah pada surah Al-Isra’ :79 di atas tentang diangkatnya para pelaksana sholat tahajjud ke tempat yang terpuji, Allahu’alam (Allah yang Maha Tahu). Mengapa harus tengah malam? Kata tahajjud terambil dari kata hujud yang berarti tidur. Kata Tahajjud dipahami oleh al-Biqai dalam arti tinggalkan tidur untuk melakukan sholat. Sholat ini juga dinamakan sholat lail/sholat malam, karena ia dilaksanakan di waktu malam yang sama dengan waktu tidur. Apa rahasia bangun di tenah malam untuk sholat tahajjud? Hal ini telah dijawab Allah pada surah al-Muzzammil ayat 6-7, berbunyi :” Sesungguhnya bangun di waktu malam, dia lebih berat dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya bagimu di siang hari kesibukan yang panjang”. Dari ayat tersebut ada 2 hal yang begitu mengesankan kita. Pertama, sengaja untuk bangun malam. Kedua, bacaan di malam hari memiliki efek dan dampak yang lebih mengesankan. Sengaja bangun malam hanya bisa dilakukan oleh orang yang memiliki niat kuat. Niat yang kuat pasti didorong oleh motivasi yang kuat, sehingga pekerjaan tersebut akan dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Apalagi sholat tahajjud adalah sholat sunnah, InsyaAllah orang yang melaksanakan sholat sunnah adalah orang yang memang punya niat yang ikhlas & motivasi yang kuat. Lain halnya dengan sholat wajib, terkadang kita melaksanakan sholat wajib hanya sekedar “gugur kewajiban”. Sholat tahajjud dilakukan harus setelah tidur (meskipun sebentar). Apa manfaatnya? Bangun tidur pasti pikiran kita lebih segar. Bayangkan dalam 1 hari, jantung kita berdetak 100.000 kali, darah kita mengalir melalui 17 juta mil arteri, urat darah halus dan juga pembuluh-pembuluh darah. Tanpa kita sadari rata-rata sehari kita berbicara 4.000 kata, bernafas sebanyak 20.000 kali, menggerakkan otot-otot besar sebanyak 750 kali, dan mengoperasikan 14 milyar sel otak. Manusia perlu istirahat. Dan tidur adalah istirahat yang sangat baik menurut ilmu kesehatan. Dengan tidur berarti terjadi proses pemulihan sel tubuh, penambahan kekuatan dan otak kita kembali berfungsi dengan sangat baik. Tak heran jika Allah berkehendak agar sholat tahajjud dikerjakan setelah tidur. Dengan pikiran yang fresh akan membantu kita untuk lebih khusyu’ memaknai ayat-ayat Allah yang kita baca. Bacaan di malam hari lebih mengensankan dibandingkan di siang hari, mengapa demikian? Orang yang hobinya break-breakan (ORARI), mereka lebih senang akan memilih berkomunikasi di malam hari kira-kira pukul 2.00 - 4.00, karena suara yang dihasilkan di waktu itu lebih cukup bagus dan jernih, walaupun daya jangkauannya sangat jauh. Berbeda dengan siang hari, suara breaker tidak begitu jelas karena banyak frekuensi yang mengganggu. Ini menandakan, bangun di tengah malam dan bersholat tahajjud sangat baik untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Dan komunikasi yang kita lakukan semuanya berbasis pada pancaran energi. Penulis punya pengalaman menarik terhadap seseorang yang berumur paruh baya ketika berbicara dalam sebuah forum, di mana tutur katanya begitu santun didengar, wajahnya penuh percaya diri dan enak dipandang, memiliki karakter yang kuat untuk mempengaruhi orang yang berinteraksi dengannya. Pada sebuah kesempatan penulis bertanya : “Apa kira-kira rahasia kelebihan yang saudara miliki selama ini?”. Ia menjawab dengan singkat dan satun : “Disiplinkan diri dengan ber sholat tahajjud”. Meditasi dan Tahajjud Meditasi berarti keheningan, diam dan kesendirian. Keheningan muncul apabila pikiran sadar kita telah berhenti sepenuhnya. John Kehoe, penulis buku terlaris “Mind Power” pernah melakukan tapa brata dengan menyingkirkan diri dari hiruk-pikuk dunia, kemudian menyepi di dalam hutan untuk melakukan meditasi. Hal ini ia lakukan untuk menembus batas kesadaran tertinggi atau lapisan terdalam pikiran bawah sadarnya melalui kesunyian dan pencarian diri. Banyak dari mereka melakukan metode meditasi lewat relaksasi senam ringan, olah nafas, pergi ke tempat sunyi dengan menghidupkan kaset-kaset, CD pencerahan. Bahkan ada yang menggunakan aroma terapi wewangian, tak heran terlalu besar biaya yang dikeluarkan hanya untuk bermeditasi saja. Padahal Allah telah memberikan jalan alternafif kepada kita pada 14 abad yang lalu untuk lebih dekat dengan-Nya lewat pelaksanaan sholat malam karena sholat adalah salah satu bentuk meditasi. Selama ini kita terjebak pada belenggu diri kita sendiri yang menjadikan sholat sebagai kewajiban semata, bukan sebuah kebutuhan, kalau tidak sholat akan masuk neraka, terkesan Tuhan yang membutuhkan kita. Padahal untuk melakukan sholat tahajjud kita tak perlu ke hutan, mengasingkan diri, cukup bangun di tengah malam kemudian berwudhu (bersuci) secara sederhana menurut rukun dan syaratnya. Tak perlu biaya mahal, hanya perlu tempat, dan sajadah yang bersih. (dikutip dari : Tabloid NURANI )

SINGKATAN BAHASA YANG SELALU DIGUNAKAN

Berikut daftar singkatan (kamus) kata-kata “gaul” bahasa Inggris yang sering dipakai tidak saja dalam perbincangan di komentar blog, sms, milis, chat room tapi juga sering kita jumpai di email baik dari rekan yang memang biasa berbahasa Inggris maupun yang sehari-hari berbahasa Indonesia. Kata BTW, ASAP, CMIIW, AFAIK dan LOL mungkin sering Anda dengar dan pakai, tapi pernahkah Anda dengar kata WOMBAT? Singkatnya, silahkan “dihafal” daftar kata “gaul” berikut atau simpan di notepad untuk referensi kalau sesekali diperlukan. Oh ya, singkatan-singkatan ini biasanya tidak dipakai dalam bahasa formal seperti posting di blog. AFAIK = As Far As I Know ASAP= As Soon As Possible BTW = By The Way CMIIW = Correct Me If I’m Wrong LTNC = Long Time No See OIC = Oh, I See OMG = Oh, My God OTOH = On The Other Hand CP = Cross-Posting OT = Off Topic OOT = Out Of Topic VOOT = Very Out Of Topic POV = Point Of View PS = Post Scriptum; PostScript SOL = Sorry, One Liner - kalau pesan anda pendek, cantumkan ini. FYI = For Your Information HTH = Hope That Helped/Hope This Helps IAC = In Any Case IIRC = If I Recall Correctly IMO = In My Opinion IMHO = In My Humble Opinion (rarely: In My Honest Opinion) IMNSHO = In My Not-So-Humble Opinion IOW = In Other Words ISO = In Search Of LOL = Laughs Out Loud LMAO = Laughing My Ass Off ROTFL = Rolling On The Floor Laughing ROTFLMAO = Rolling On The Floor Laughing My Ass Off SSIA = Subject Says It All TBE = To Be Expected TBH = To Be Honest TWIMC = To Whom It May Concern TBYB = Try Before You Buy TMA = Take My Advice TIMTOWTDI = There Is More Than One Way To Do It TINALO = This Is Not A Legal Opinion TINAR = This Is Not A Recommendation TIA = Thanks In Advance TFTT = Thanks For The Thought TYVM = Thank You Very Much WOMBAT = Waste Of Money, Brains, And Time WBS = Write Back Soon WRT = With Regard To; With Respect To WYGIWYPF = What You Get Is What You Pay For WYSIWYG = What You See Is What You Get WTB = Want To Buy WTS = Want To Sell WTI = Want To Inform WTA = Want To Ask

Ukur Tingkat STRESS anda sekarang !! Seorang guru mengatakan "saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas" Gambar-gambar ini dipergunakan untuk mengetahui level stress yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress. Seorang kriminal yang pernah di test mengatakan gambar-gambar tersebut berputar sangat cepat. Seorang usia lanjut dan anak-anak mengatakan gambarnya tidak bergerak. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statis. Silahkan mencoba..... ......... -Click digambar untuk memperbesar-